Alam Haiwan di Minggu Raya

Lama sungguh tak hapdate blog ini disebabkan ke’bz’an yang melanda. Gambar yg nak dipost pun, diambil ketika waktu minggu raya dulu. Hajat di hati mahu shoot macro di sekeliling rumah tok aku, tapi banyak sangat makhluk penghisap darah bermahajarela walaupun matahari hampir terpacak di kepala. (Banyak sangat disini diterjemahkan sebagai sekali tampar lima terkorban..huhu..banyak tu.)

Apapun nikmati dulu potrait seekor kucing ni dulu..
null
Tak banyak macro..
Pepatung
null

null

null

null

Krabi Thailand

Awal tahun, tiba2 terasa hendak bercuti bersama isteri. Terasa nak ke pantai yang cantik2 yg pasir memutih, laut jernih tenang dan langit membiru. Tapi kebanyakkan pulau di Malaysia yang memenuhi kriteria ini, berada di musim tengkujuh. Google punya google di internet, terdapat cadangan ke Krabi pada masa2 ini. Krabi? satu perkataan/tempat yg asing dalam kamus aku. Apabila mengkaji lebih mendalam, rupanya Krabi merupakan satu tempat ‘access point’ ke pulau Phi-Phi dan kawasan sewaktu dengannya selain dari Phuket. Krabi bukanlah pulau, ianya terletak di kawasan ‘Segenting Kra’ (sape ingat sejarah Melayu🙂 ) Penduduk di sana kebanyakkannya adalah orang beragama Islam tetapi tidak berbahasa Melayu. Maka mudahlah mendapat makanan halal di sana (kriteria penting bg aku..hehe..)

Maka dengan itu, cubalah mencari jalan bagaimana hendak ke sana. Rupanya Air Asia sudah memperkenalkan penerbangan ke sana. Tanpa membuang masa, kami menempah penerbangan ke sana secara online bersama dengan hotel. ketika itu AA ada membuat promosi tambang murah, tetapi malangnya tiket yg harga termurah dah habis dikebas. Dapatlah kami harga tiket hampir tiga ratus pegi balik, kira oklah tu. Utk penginapan juga kami tempah melalui AA iaitu Ananta Burin Resort yg terletak di pantai Aonang, Krabi.

Penerbangan ke sana mengambil masa sejam lebih shj dari LCCT. Sampai di sana kami mengambil bas ke hotel kami spt direkemen dlm internet. Basnya lebih kurang 3/4 dari bas ekspress disini. Ada aircond tapi aircondnya kurang berfungsi. Lebih parah lagi, bas ini akan menunggu sehingga penuh dahulu sebelum gerak. Oleh itu memang macam cacing kepanasan kami dlm bas tersebut hampir setengah jam menunggu penuh. Rasanya, kalau pergi lagi sekali, tak nak naik bas dah. Lebih naik teksi sahaja yang tambangnya hanyalah lebih sedikit shj.

null
null
null
null
null
null
null
null